Apa Itu Dyslexia?
No. 349 Jalan Ampang 50450 Ampang, Kuala Lumpur
Isnin – Jumaat (Harian)  |  Sabtu (Tambahan) 8.30 pagi – 12.30 tengahari  |  1 tengahari – 5 petang
03-4265 1632

Search our Site

Dyslexia adalah masalah cara otak berfungsi, cara berfikir, cara melihat dan cara mendengar.

Dyslexia adalah masalah yang tidak kelihatan. Dari segi paras wajah dia kelihatan segak dan cantik akan tetapi menghadapi kesukaran membaca, mengira dan menulis. Walaubagaimanapun kecerdasan berfikir tidak tergugat malahan mungkin di tahap yang tinggi dan gifted.

Di Malaysia lebih kurang 500,000 kanak-kanak yang mengalami dyslexia (statistik 2008 - Kementerian Pendidikan)

Kondisi Yang Bersabit Dengan Dyslexia

Dyslexia ada yang mengalami ADHD dan autism juga. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) adalah paling biasa dalam masalah mental di mana kanak-kanak ini mengalami masalah tumpuan dan focus. Masalah kelakuan dan juga terlalu hyper.

Autisma adalah masalah perkembangan otak, tiada sosial interaksi dan komunikasi dan juga kelakuan terhad dan kerap mengulang sesuatu kelakuan dan percakapan.

Ciri-Ciri Petanda dan Simptom Dyslexia

1. Masalah memakai butang baju, ikat tali kasut
2. Kasut di sebelah kiri/kanan dan tidak perasan
3. Kelam kabut dan mudah melanggar perabot
4. Kesukaran melompat, atau skip
5. Kesukaran membaling, menyambut bola
6. Kesukaran menggunakan kata arah dalam/luar, atas/bawah, kehadapan/kebelakang
7. Kesukaran respon terhadap arahan
8. Kemungkinan lambat dalam perkembangan pertuturan
9. Salah guna perkataan contoh “carpark”- “park-car”
10. Masalah menyebut perkataan mempunyai sukukata contoh “hospital”- “hostipal”
11. Kesukaran menamakan objek
12. Keliru kiri dan kanan
13. Keliru penggunaan tangan kiri/kanan
14. Kesukaran membentuk huruf dan pembalikan menulis perkataan contoh. “tuhan -hutan”
15. Kesukaran menyalin daripada papan hitam
16. Masalah mengigati hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, sering terlupa tarikh lahir dan lain-lain.
17. Kesukaran menyatakan masa
18. Tidak tentu mengenai esok, semalam, lusa
19. Masalah mengingati urutan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun.
20. Lemah dalam membaca cara pandang-sebut-atau secara fonologi.
21. Mudah letih disebabkan konsentrasi yang amat mendalam.