Perutusan Dari Presiden
No. 349 Jalan Ampang 50450 Ampang, Kuala Lumpur
Isnin – Jumaat (Harian)  |  Sabtu (Tambahan) 8.30 pagi – 12.30 tengahari  |  1 tengahari – 5 petang
03-4265 1632

Search our Site

sariah amirinKanak-kanak berkeperluan khas adalah mangsa terbiar dan tidak diberi keutamaan dalam pendidikan. Menambahkan lagi kesengsaraan mereka, orang sekeliling membuat pembelajaran menjadi lebih stress.

Bercakap mengenai kes terbiar setahun lalu, seorang pelajar berumur 8 tahun dikehendaki menulis, mengenai sekolahnya. Saya terperanjat membaca ayat terakhirnya, “impian saya nak bom sekolah saya”.

Bayangkan betapa bencinya pelajar terhadap sekolah serta keadaan sekelilinya. Beliau mengalami pengalaman yang pahit di sekolah dan beliau juga di lemparkan berbagai tuduhan semata-mata kerana kita tidak menyediakan pendidikan yang bersesuaian dengan cara beliau belajar.

Sebagai persatuan yang menyediakan perkhidmatan disleksia, kami bekerja dan berhubung rapat dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pembelajaran mereka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kebajikan dan bantuan kewangan.

Persatuan Dyslexia Malaysia membantu orang-orang yang mengalami disleksia dari semua lapisan masyarakat dan tidak mengira had umur.

Sila hubungi kami di talian 03-4265 1632 sekiranya anak tuan/puan mengalamai masalah disleksia atau sesiapa yang ada ciri-ciri disleksia. Panggilan anda akan mengubah hidup seorang disleksia.

Lagi cepat dikenalpasti, lagi cepat boleh dijalankan intervensi awal melalui program intensif persatuan, walaubagaimanapun, “it’s better late than never”.

Terima kasih

sariah amirin

SARIAH AMIRIN AMW, PPN