Sejarah PDM
No. 349 Jalan Ampang 50450 Ampang, Kuala Lumpur
Isnin – Jumaat (Harian)  |  Sabtu (Tambahan) 8.30 pagi – 12.30 tengahari  |  1 tengahari – 5 petang
03-4265 1632

Search our Site

sejarah pdm 2Melalui perkhidmatan Komuniti Kelab Rotary Gombak dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), telah menganjurkan Seminar Awam Satu hari mengenai "Kesedaran Disleksia di Malaysia," pada 18 April, 1993.

Pada ketika berseminar, para peserta mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan dan permohonan telah dibuat bagi mendaftar dan dengan adanya dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Pejabat Pertubuhan (ROS) Wilayah Persekutuan. Persatuan ini telah didaftarkan pada 23 mac 1995 di atas nama Persatuan Kesukaran Pembelajaran Spesifik , Wilayah Persekutuan (Persatuan Kurang Upaya Pembelajaran Khusus Wilayah Persekutuan). Alamat rasmi Persatuan pada masa tersebut ialah Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, Kuala Lumpur kerana pada masa itu Presidennya adalah Dr. Hussein Imam, Pakar kanak-kanak.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun 1999, ahli-ahli yang hadir meluluskan resolusi untuk menukar nama Persatuan kepada Persatuan Disleksia, Wilayah Persekutuan, dan menukar alamat rasmi kepada alamat No. 6 Persiaran Kuantan, Setapak, 53200 Kuala Lumpur.

Sejak Mac 1999, Persatuan telah menggunakan premis tersebut untuk pelbagai aktiviti, seperti seminar untuk guru dan ibu bapa, serta sesi kaunseling dan kelas khas untuk kanak-kanak disleksia.

Pada tahun 2008 di Mesyuarat Agong Tahunan, sekali lagi ahli-ahli sekali lagi bersetuju melakukan resolusi bagi menukar nama persatuan kepada Persatuan Dyslexia Malaysia kerana keahliannya mencapai 1,200 orang tediri dari warga seluruh Malaysia.